Kambing

Jamnapari

Jamnapari atau Jumnapari ialah baka kambing yang diternak untuk hasil tenusu dan daging. Kebiasaannya, baka ini berwarna putih dengan tompokan coklat pada bahagian leher dan kepala, hidung berbentuk cembung, bertanduk, serta mempunyai kaki yang panjang dan telinga berjuntai. Kedua-dua jantina turut mempunyai tanduk.

Boer

Kambing Boer merupakan baka yang bersaiz lebih besar berbanding baka-baka lain. Boer juga mengeluarkan susu, namun secara umumnya diternak untuk pengahasilan daging. Baka ini merupakan antara baka kambing terkenal di dunia kerana kualiti daging, ketahanan penyakit yang tinggi, dan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dalam iklim panas dan lembab. Antara ciri-ciri Boer ialah bertanduk, telinga bergelung, dan kebiasannya berbadan putih dan berkepala coklat. Namun begitu, terdapat juga Boer berwarna putih atau coklat sepenuhnya.

Sheep

Biri-biri secara tipikalnya bersaiz lebih besar berbanding kambing. Sesetengah biri-biri mempunyai tanduk yang tumbuh mencapah bergantung kepada jenis baka. Mereka mempunyai bulu keriting dipanggil wul, ekor yang pendek, serta kelenjar bau pada wajah dan kaki belakang. Biri-biri jantan juga tidak mempunyai janggut.

Interested? Contact us now!

Our sales representative will assist you as soon as possible.

Melayu