A. Kuala Selangor

B. Kulim

C. Pusat Kuarantin, Durian Burung, Kedah

i. Kanchanaburi, Thailand

Kuala Selangor – Malaysia

Ladang COLLA di Kuala Selangor terletak di Kampung Bukit Belimbing dan mempunyai keluasan tanah seluas 5 ekar. Ladang Kuala Selangor dibina berdasarkan pengalaman yang telah diperoleh sewaktu kendalian Hari Raya Korban pada tahun 2017. Sehingga hari ini, COLLA Kuala Selangor telah selesai fasa pertama kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan ladang ternakan lembu dan kandang kambing.

Jangkaan kapasiti keseluruhan setelah siap kerja-kerja pembangunan adalah dianggarkan sekitar 1,400 ekor ternakan lembu dalam suatu masa yang sama dan dijangkakan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2018.

Berdasarkan pelan pembangunan COLLA, berikut adalah kemudahan yang sedia ada dan sedang dibangunkan di ladang COLLA Kuala Selangor

  • Fidlot Trading
  • Fidlot Pengemukkan
  • Pusat Penyembelihan Halal
  • Petting-Zoo

Sungai Tengas, Kulim – Malaysia

Colla Cattle Farm Kulim yang terletak di Kampung Sungai Tengas adalah ladang yang pertama dibina dan diuruskan oleh pengurusan COLLA secara persendirian. Pada masa ini, fasa pembinaan sedang giat dijalankan di COLLA Kulim dengan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan fidlot. Berdasarkan pelan pembangunan, COLLA Kulim dapat memuatkan sehingga 1,600 ternakan lembu pada satu masa apabila siap sepenuhnya.

Kini, COLLA Kulim beroperasi secara harian bagi memenuhi pasaran tempatan lembu hidup, penjualan karkas dan juga permintaan di musim Hari Raya Korban.

Kanchanaburi – Thailand

Colla Kanchanaburi ialah ladang di bawah kendalian pihak Colla di Thailand. Colla telah menandatangani perjanjian dengan wakil dari Thailand untuk menjadikan Colla Kanchanburi sebagai hub pengumpulan haiwan ternakan sebelum diimport masuk ke Malaysia.

Quarantine Center Durian Burung

Durian Burung – Malaysia

Sejak awal operasi, Colla menyewa premis kuarantin SR High Cappral Quarantin di Durian Burung. Pusat kuarantin ini terletak 2KM dari Kota Putra iaitu sempadan Malaysia-Thailand dan boleh memuatkan 500 ekor lembu dalam suatu masa.

Colla mengendalikan dan menguruskan pusat kuarantin tersebut berlandaskan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk ternakan import.

Melayu