Mencari lembu untuk tujuan ibadah korban di Malaysia?

“Susah betul nak cari info online berkenaan ladang mana yang menjual lembu korban dekat Malaysia ni, rata-rata saya cari di online semuanya korban di luar negara, Cambodia dan sebagainya. Saya cuma nak cari lembu bagi tujuan korban di Malaysia.”

Cikpuan Siti

Apa ciri-ciri lembu yang sesuai bagi ibadah korban: 

 

Mencari lembu yang sesuai untuk ibadah korban perlulah menepati ciri-ciri yang berikut:

 

  • Lembu yang telah musinnah bermakna yang telah gugur gigi hadapannya dan cukup umur.
  • Umur dewasa yang sesuai iaitu 2 tahun dan ke atas mengikut Mazhab Imam Syafi’e.
  • Tidak cacat atau pincang. 
  • Lembu yang sihat, bebas penyakit dan tidak terlampau kurus.

 

Boleh ke lembu bagi ibadah korban tersebut dihantar ke tempat saya? 

 

Saya selalu buat korban di masjid / surau / balai raya / padang awam / taman perumahan / rumah persendirian, dan pesan hanya seekor boleh ke kalau lembu tersebut dihantar ke sana?

 

Boleh, tiada pembelian minimum dan caj penghantaran kami hanyalah RM100 bagi setiap ekor lembu yang dipesan.  

 

Adakah saya perlu membayar harga keseluruhan lembu tersebut sekarang? 

 

Tidak perlu, hanya letakkan deposit sahaja.

 

Kami menerima banyak tempahan lembu terutama pada musim korban, dan ada di antara pembeli sebelum ini yang membatalkan pembelian mereka pada minit terakhir. 

Ini adalah tidak adil bagi pengguna lain yang kami tolak yang mahu mendapatkan lembu bagi tujuan ibadah korban mereka.

 

Oleh yang demikian, kami meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menetapkan pesanan untuk membayar jumlah deposit RM500 bagi setiap ekor lembu yang dipesan. 

 

Sejurus anda membayar wang deposit, kami akan mengasingkan lembu korban yang ditempah dan tidak akan menjual lembu tersebut kepada pihak lain.

 

Jika saya membatalkan pembayaran setelah deposit dibuat, adakah bayaran deposit akan dikembalikan? 

 

Tidak sama sekali, bayaran deposit tersebut akan digunakan bagi tujuan pengendalian lembu, penyimpanan dan makanan lembu tersebut. 

 

Kenapa saya perlu membeli lembu korban daripada Colla Cattle Farm?

 

Kami di Colla Cattle Farm komited dalam memastikan lembu di bawah penjagaan kami sentiasa sihat dan bebas daripada penyakit.

 

Kami memberikan suntikan dan vitamin kepada lembu – lembu kami sesuai dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia dan Thailand seperti berikut:

 

  1. Vaksin penyakit kuku dan mulut (FMD) 
  2. Ivermec F – untuk mengawal parasit menginap di badan lembu.
  3. Catosal & Vitamin B12 – untuk meningkatkan tenaga dan sel darah.
  4. Synovex – untuk meningkatkan berat badan dan tumbesaran ternakan. 

 

Jaminan Kualiti Colla

Jika anda mendapati lembu yang dihantar dalam keadaan sakit ataupun kecederaan pihak Colla akan menggantikan 100% lembu-lembu tersebut tanpa caj tambahan dalam keadaan segera.

Berminat untuk membuat tempahan lembu korban?

Wakil jualan kami akan terus berhubung dengan anda dan menyediakan senarai harga terkini lembu-lembu kami.