akikah
"Raikan Permatamu"
Kelahiran bayi merupakan peristiwa yang dinantikan dalam sesebuah keluarga kerana kehadiran mereka membawa kebahagiaan dan keharmonian. Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran, ibu bapa boleh melaksanakan ibadah akikah iaitu menyembelih binatang ternakan seperti kambing, biri – biri atau kibas yang memenuhi syarat – syarat akikah
Pelaksanaan ibadah akikah dan menyedekahkan daging yang telah disembelih, terutamanya apabila dinikmati oleh saudara Islam yang memerlukan, akan menambahkan lagi keberkatan serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan persaudaraan dalam Islam.
Hukum melaksanakan ibadah akikah menurut pendapat ialah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang paling dituntut dan digalakkan dalam Islam.
Syarat – syarat akikah anak lelaki dan perempuan adalah seperti berikut:
Menurut sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah akikah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.
Jelaslah di sini bahawa untuk anak lelaki, ibu bapa perlu menyembelih dua ekor kambing manakala untuk anak perempuan ialah seekor kambing. Namun, bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan, memadai untuk melakukan akikah bagi anak lelaki dengan seekor kambing sahaja.
Syarat – syarat sah ibadah akikah:
1. Niat Akikah – Semasa menyembelih ternakan, penyembelih perlu berniat akikah dengan nama anak yang hendak diakikahkan.
2. Binatang ternakan berkaki empat – binatang ternakan akikah perlulah berkaki empat, halal dimakan, tidak mempunyai kecacatan fizikal dan dalaman, tidak bunting dan cukup umur.
Binatang yang dimaksudkan di atas ialah kambing, biri – biri, domba, kibas, lembu, kerbau dan unta.
3. Memenuhi syarat sah penyembelihan:
– Penyembelih beragama Islam, bukan mumayyiz dan bukan dalam keadaan ihram.
– Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
– Alat sembelihan yang tajam seperti parang, selain daripada gigi, tulang, kuku, rambut dan tali.
Pembahagian Daging Akikah:
Bagi pembahagian daging akikah, kaedahnya ialah seperti berikut:
– 1/3 untuk dimakan sendiri
– 1/3 untuk diberi kepada sahabat atau kenalan
– 1/3 untuk disedekah kepada saudara sesama Islam
Daging akikah adalah disunatkan untuk dimasak manis sebelum diberi atai disedekahkan kepada orang lain.