kambing

Jamnapari

Jamnapari atau Jumnapari ialah baka kambing yang diternak untuk hasil tenusu dan daging. Kebiasaannya, baka ini berwarna putih dengan tompokan coklat pada bahagian leher dan kepala, hidung berbentuk cembung, bertanduk, serta mempunyai kaki yang panjang dan telinga berjuntai. Kedua-dua jantina turut mempunyai tanduk.

 
 

Boer

Kambing Boer merupakan baka yang bersaiz lebih besar berbanding baka-baka lain. Boer juga mengeluarkan susu, namun secara umumnya diternak untuk pengahasilan daging. Baka ini merupakan antara baka kambing terkenal di dunia kerana kualiti daging, ketahanan penyakit yang tinggi, dan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dalam iklim panas dan lembab. Antara ciri-ciri Boer ialah bertanduk, telinga bergelung, dan kebiasannya berbadan putih dan berkepala coklat. Namun begitu, terdapat juga Boer berwarna putih atau coklat sepenuhnya.

 

Berminat? Hubungi kami sekarang!

Wakil jualan kami akan membantu anda secepat mungkin.

Scroll to Top

HARAP MAAF. LAMAN INI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU SEPANJANG HARI RAYA AIDILADHA BERMULA 26 MEI 2026. KAMI AKAN BEROPERASI KEMBALI PADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.
TERIMA KASIH.