korban
Maksud Korban
Perkataan ‘korban’ ini membawa maksud mendekati atau menghampiri. Dari sudut istilah pula, ia bermaksud segala sesuatu yang digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah sama ada berupa haiwan sembelihan mahupun yang lain.
Ibadah Korban juga dituntut di dalam Islam seperti mana ayat al-Quran, surah al-Kauthar ayat 2:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).