Rumah Sembelih Colla

Umum mengetahui bahawa daging sejuk beku mendominasi pasaran daging dengan ketara disebabkan harganya yang jauh lebih rendah berbanding daging segar tempatan. COLLA berhasrat agar lebih ramai rakyat Malaysia menikmati daging segar tempatan pada harga yang kompetitif seperti daging beku.

Bagi memastikan daging segar tempatan dapat dibekalkan secara konsisten serta memenuhi permintaan pasaran yang semakin tinggi, COLLA telah mengambil inisiatif untuk membina rumah sembelih sendiri di Colla Cattle Farm Kuala Selangor yang lengkap dengan teknologi dan peralatan terkini untuk aktiviti penyembelihan serta turut menjadi hub pengedaran produk COLLA ke pasaran.

Scroll to Top