tentang kami

COLLA merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri pertanian dan penternakan khususnya lembu, kambing, bebiri dan kerbau. COLLA memiliki tiga (3) buah ladang penternakan dan pertanian sendiri di Malaysia yang dijenamakan sebagai ‘Colla Cattle Farm’ yang terletam di Kuala Selangor, Kulim dan Taiping. Selain itu, COLLA turut memiliki 2 buah ladang di Thailand iaitu di Kanchanaburi dan Nakhon Ratchasima.

Di samping itu, COLLA juga turut mempunyai sebuah kedai yang khusus menjual daging segar serta produk hiliran yang dinamakan sebagai ‘Colla Meat House’ di Seksyen 13, Shah Alam. COLLA juga turut menghantar produk di atas ini ke 89 buah pasaraya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bagi menampung permintaan daging segar yang semakin tinggi serta permintaan sembelihan korban yang semakin meningkat, COLLA telah membina sebuah Rumah Sembelih yang dilengkapi dengan mesin sembelihan berteknologi tinggi bagi memastikan proses sembelihan lebih sistematik dan efisien.

Scroll to Top

HARAP MAAF. LAMAN INI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU SEPANJANG HARI RAYA AIDILADHA BERMULA 26 MEI 2026. KAMI AKAN BEROPERASI KEMBALI PADA TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.
TERIMA KASIH.