
Baru-baru ni, Colla Cattle Farm berpeluang menyertai satu program yang cukup bermakna iaitu Program Penyerahan Agihan Daging Korban yang berlangsung di Kompleks FINAS, Hulu Klang.
Program ni dijalankan hasil inisiatif Briged Seni Kreatif dengan kerjasama FINAS, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) dan kami sendiri, Colla Cattle Farm sebagai rakan strategi utama.
Apa yang buat kami terharu, bukan sekadar suasana gotong-royong dan senyuman semua yang hadir, tapi semangat pengorbanan dan keprihatinan yang benar-benar terasa.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, turut berkongsi rasa syukur kerana warga industri seni dapat berganding bahu dalam menjayakan program ini. Katanya, industri kreatif bukan sekadar tentang hasil karya, tapi juga nilai kemanusiaan dan kebersamaan.
Kami di Colla Cattle Farm sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada usaha murni ini kerana bagi kami, setiap daging korban bukan hanya tentang ibadah, tapi juga tentang menghubungkan hati dan memberi manfaat kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat & telah menjayakan program ini. Semoga semangat pengorbanan ini terus hidup dalam setiap jiwa yang memberi.




